Wednesday, May 26, 2010
noh...noh...
SEORANG gadis remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Zee, 20, tampil membuat pengakuan kepada B*Pop mendakwa artikel atau gosip yang disiarkan menerusi akhbar ini berjudul ‘Vokalis kumpulan indie biadab, hina warga universiti’ terbitan 16 Mei lalu sebagai satu cerita benar. Malah, tanpa berselindung dan penuh yakin, dia menamakan penyanyi yang dimaksudkan itu sebagai Noh iaitu vokalis band popular ketika ini, Hujan.
Zee mendakwa, dia yang menjadi peminat kumpulan muzik itu turut menjadi mangsa kebiadapan Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 25, pada hari kejadian 29 April lalu menerusi sebuah majlis anjuran Fakulti Seni Reka dan Bentuk kursus Diploma Teknologi Fotografi di sebuah universiti tempatan. Zee yang juga pelajar tahun akhir kursus berkenaan mewakili rakannya yang lain menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sikap Noh yang dianggap keterlaluan itu.
“Selepas membaca artikel berkenaan, saya pasti penyanyi indie yang dimaksudkan itu ialah Noh Hujan! Kejadian berlaku di universiti tempat saya belajar. Noh bersikap biadap melayan kerenah pelajar yang ingin mendapatkan tanda tangannya. Namun, autograf yang kami peroleh daripada Noh hanya tertera perkataan yang ditulisnya ‘Awak Busuk’!
“Sepatutnya Noh menulis namanya atau menurunkan tanda tangan jika peminat meminta autograf, bukan tulis ‘Awak Busuk’! Mungkin ini adalah autograf terbaik daripadanya! Saya harap artis lain tidak mencontohi sikap Noh Hujan,” kata Zee penuh kesal.
Pihak fakulti menganjurkan majlis berkenaan untuk memberi anugerah kepada pelajar berdasarkan pencapaian hasil kerja kursus mereka. Selain Noh, artis atau selebriti lain yang turut dijemput ialah tokoh perfileman negara, Senator Tan Sri Dr Jins Samsudin; Datin Paduka Shuhaimi Baba; Datuk Yusof Haslam dan Datuk Siti Nurhaliza.
hurrrrmmm aku x tau la nk kata apa tentang isu NOH ngan STUDENT UNISEL nie...aku mmg agak trkrjut ar...aku mmg minat giler ngn produk dri HUJAN nie...since dri awal pon...sblom2 nie pon byk gak aku dgr cerita2 pasal NOH nie..tpi aku x amik port sgt...sbb aku suker ngn lagu2 dia n HUJAN nie...tpi tu ar aku simpati gak ngn nasib ZEE bila dpt autograph yg cam tu...aku harap NOH tmpil ar mohon maaf...kalu btol...apa2 pon HUJAN ttp rockkkk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment