Monday, September 20, 2010

takziah


satu malaysia telah digemparkan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik...datuk sosilawati serta 3 rakan...mmg sesuatu yg mengejutkan...ketika umat islam menyambut bulan kemenangan syawal...
kebetulan aku gak berasal dri batu pahat...
datuk Sosilawati, 47, dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu selepas kali terakhir dilihat pada majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dua hari sebelum itu.

Turut hilang bersama beliau ialah peguam dari Tetuan Kamaruddin & Partners dari Putrajaya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank dari CIMB Bank Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan pemandu peribadi Sosilawati Kamaruddin Shansuddin, 44.

Kehilangan mereka hampir terungkai apabila polis menahan lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar “Datuk” baru-baru ini.

Empat daripada mereka mengaku telah membunuh kesemua mangsa, sebelum membakar mangsa dan abu mereka dibuang dalam Sungai Panchau, Tanjung Sepat, Kuala Langat.
aku harap keluarga kesemua mangsa akan tabah menharungi ujian dari allah ini...
dan semoga mereka yg terlibat dalam kes pembunuhan akan dihukum dengan setimpal...
industri hiburan tanah air juga telah kehilangan pelakon terkenal m rajoli baru2 ini...serta juara mentor mohd,yg baru sahaja kehilangan ibu tercinta... semoga roh mereka ditempat bersama org2 yg beriman...AL FATIHAH

No comments:

Post a Comment